KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN CAHAYAMATA
Islam mengariskan beberapa pekara yang
disunatkan sewaktu menyambut kelahiran cahayamata, tatacaranya seperti berikut :
PANDUAN UNTUK SUAMI
Membaca surah surah berikut semasa menanti
saat kelahiran bayi.
Surah Al-Inshiqaq ayat 1-5 bermaksud :
Apabila langit terbelah serta mematuhi perintah tuhannya dan sudah
semestinya ia patuh dan apabila bumi diratakan serta mematuhi perintah tuhannya
dan sudah semestinya ia patuh.
Surah Al-Hasyar ayat 3 bermaksud :
Dan kalaulah tidak kerana Allah SWT telah
menetapkan pengusiran (yang demikian
buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyiksa mereka di dunia dan dalam
pada itu mereka akan beroleh azab seksa neraka.
PANDUAN UNTUK ISTERI
- Mandi wajib wiladah (selepas bersalin).
- Memperbanyakan istigfar, tasbih, tahmid, takbir, tahlil
- Mengucapkan alhamdulilah selepas bayi selamat dilahirkan
- Berdoa agar zuriat ini menjadi anak yang soleh dan solehah.
"Wahai tuhan kami berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturanan kami pekara-pekara menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam / pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa"
Penyusuan ibu
Firman Allah SWT bermaksud :
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap
iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan (Al-Baqarah ayat 233)
Doa ketika penyusuan bayi
بسم الله الرحمن الرحيم اللّهُمَّ بَاركْ لنَا وَزِدْنَا
مِنْهُ
Maksudnya :
Dengan namamu Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang wahai
tuhan kami, berkatilah dengan apa yang telah engkau berikan kepada kami dan
tambahkan daripadanya.
Mandi wajib nifas (kering darah)
Mandi kerana ialah berhentinya darah yang
keluar dari rahim perempuan selepas kelahiran anak sekalipun hanya setitik
walaupun belum capai 40/6 hari.
Lafaz niatnya (sahaja aku menyucikan diriku
daripada hadas nifas fardhu kerana allah taala)
MENYAMBUT KELAHIRAN
Islam mensyariatkan supaya bayi yang baru
dilahirkan setelah dipotong talipusatnya dan dibersihkan serta dibenarkan
suami melihat kerana sunat di azankan dan di iqamatkan secepat mungkin.
Ketika bayi itu dibersihkan digalakan pula
jururawat atau bidan memperbanyakan zikir atau selawat sehingga selesai
tugasnya supaya bayi itu teguh imanya daripada melakukan maksiat kepada Allah
SWT.
- Azan di telinga kanan.
- Iqamah ditelinga kiri sangat baik jika dilakukan oleh bapa bayi atau waris yang tertua dalam keluarga tersebut kerana inilah komunikasi awal sebagai pengenalan terhadap kalimah allah SWT untuk diperdengarkan kepadanya selain menjauhkan dari ganguaan syaitan.
- Membaca surah Al-Qadar ditelinga kanan.
- Membaca surah al ikhlas di telinga kiri memohon supaya anak tersebut terselamat dari perbuatan zina dan diperkuatkan iman serta terjauh dari syirik.
TAHNIK
- tahnik dengan manisan madu atau sedikit kurma.
- menggunakan jari manis yang dibaca padanya surah Al-Insyirah.
- dan baca dari surah Toha ayat 25-28
Nabi Musa berdoa dengan berkata : Wahai tuhanku lapangkan bagi ku dadaku dan permudahkan bagiku tugasku dan lepaskan simpulan dari lidahku.
- menggunakan jari manis yang dibaca padanya surah Al-Insyirah.
- dan baca dari surah Toha ayat 25-28
Nabi Musa berdoa dengan berkata : Wahai tuhanku lapangkan bagi ku dadaku dan permudahkan bagiku tugasku dan lepaskan simpulan dari lidahku.
Lakukan ini sebelum bayi diberikan susu ibu. Semoga apabila dewasa ia akan bercakap pekara yang benar dan menjadi anak yang soleh dan baik budi pekertinya kerana kehidupan masyarakat islam nilai budi pekerti yang tinggi mencorakkan peribadi seseorang.
MENANAM URI
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama-sama bayi tidak boleh dibuang begitu sahaja ia mestilah dibasuh bersih-bersih lalu di tanam di kawasan yang sesuai.

